Thursday, 9 July 2015

Kos Sara Hidup Tinggi - Nasihat Buat Siswa

Amat melegakan sekali bagi seorang mahasiswa yang mendapat pembiayaan kerajaan atau swasta melalui biasiswa dan pinjaman apabila melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan amat sukar pula bagi mereka yang tidak mendapat kemudahan itu bukan?

Mahasiswa yang tidak memperoleh sebarang pembiayaan atau pembiayaan tidak mencukupi, ada yang terpaksa bekerja sambilan bagi menampung keperluan ketika di kampus bagi memastikan kelangsungan hidup dan meneruskan pengajian mereka.

Ramai yang melakukan kerja sambilan seperti membaiki motorsikal, komputer, bekerja sambilan di restoran makanan segera atau berniaga di pasar malam.

Walaupun pendapatan diraih mereka tidak sebesar mana, namun ia sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Senario pelajar membuat kerja sambilan ini bukan perkara baru dan tidak menjadikan pelajar berkenaan mengabaikan pengajian mereka asal saja pandai membahagikan masa. 

Tidak semua pelajar yang buat kerja sambilan itu tidak mendapat pinjaman, tetapi mungkin ingin mencari duit tambahan untuk membeli barangan keperluan lain seperti telefon bimbit atau pakaian berjenama.

Pelajat IPTA dan IPTS seharusnya menimbangkan dan tidak boleh dihalang untuk membuat kerja sampingan asalkan pekerjaan itu tidak menjejaskan nama institusi pengajian serta tidak mengganggu prestasi pengajian mereka.

Tidak menjadi kesalahan untuk pelajar mencari duit tambahan dan biasanya pelajar turut digalakkan membuat kerja sambilan pada musim cuti semester untuk mengisi masa yang terluang itu daripada dibazirkan dengan kegiatan yang tidak berfaedah.

Kos sara hidup yang tinggi di bandar besar seperti Kuala Lumpur tidak memberi banyak pilihan kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), MARA atau lain-lain biasiswa membuatkan mereka perlu membuat kerja sambilan.

Kebanyakan IPTA dan IPTS ini berada di ibu negara dan ini memberikan tekanan hidup kepada pelajar itu sendiri. Mereka yang memperoleh pinjaman pengajian dari PTPTN atau MARA juga tidak terlepas daripada mengalami kekangan perbelanjaan, apatah lagi bagi pelajar yang langsung tidak mendapat dana seperti ini.

Justeru, langkah untuk melakukan kerja sampingan amat praktikal dan membantu mereka untuk menampung kos pengajian. Dengan melakukan demikian, mereka boleh memaksimakan lagi penggunaan dana pinjaman yang disediakan oleh PTPTN untuk perkara-perkara yang penting bagi membantu pengajian seperti membeli buku rujukan.

Jumlah pinjaman diberikan PTPTN biasanya adalah untuk membayar yuran pengajian, baki untuk pelajar gunakan untuk menampung kehidupan harian tidak banyak.

Adakalanya, pelajar perlu juga mengikat perut dan ini boleh memberikan masalah kesihatan.

Jadi, kebanyakan pelajar perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan mereka. Pihak IPTA juga ada menyediakan bantuan namun tidak semua pelajar yang mendapatnya.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur

(Dipetik dari : Utusan Malaysia, 08 Julai 2015)

Monday, 6 July 2015

Ramadhan Benar-benar Menguji Kejujuran Kita

Bagaimana?

Sesiapa sahaja boleh ponteng puasa jika mahu. Seorang pekerja boleh menyeludup bekal makanan dari rumahnya, seorang pejalar universiti boleh ponteng puasa dengan memakan mee goreng segera dengan bawang rangupnya di hostel tanpa pengetahuan sesiapa. Sesiapa sahaja boleh diam-diam curi minum air jus oren didalam tandas atau dimana-mana.

Tetapi kita tidak melakukannya. Kita tidak tergamak melakukannya. Kerana apa? Kerana Taqwa. Kerana kita tahu Allah Maha Mengetahui. Kita tahu Allah Maha Melihat.

Sebab itu puasa ini benar-benar istimewa di sisi Allah SWT, sehinggakan Allah SWT berfirman yang bermaksud :-

"...kecuali puasa, sungguh dia bahagianku dan Aku sendiri akan membalasnya, kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnya dan makannya kerana Aku."
Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim

Dan sebab itu juga Ramadhan ini adalah bulan Taqwa. Kerana ia benar-benar melatih kita untuk sentiasa menyedari kehadiran Allah SWT di mana-mana, meskipun tiada siapa yang dapat melihat kita.

Moga kita menjadi hamba Nya yang terpilih untuk benar-benar memaknai Taqwa!

Senyum!

Puasa Ibadat, Bukan Puasa Adat.

Ramai orang berpuasa, tetapi mengabaikan solat fardhu 5 waktu, padahal kedua-duanya adalah WAJIB, Rukun Islam yang kedua dan ketiga.

Puasa yang jerih menahan lapar berjam-jam itu boleh dilakukan, kenapa solat yang hanya 5 - 10 minit berat untuk ditunaikan?

Berpuasa, tetapi masih tidak menutup aurat, berdua-duaan dengan bukan mahram (walaupun berstatus tunang), masih lagi berpegangan tangan lelaki dan perempuan bukan mahram.

Sibuk ke bazaar Ramadhan, beramai-ramai ke bazaar Ramadhan tetapi tidak sibukkan diri ke masjid-masjid Allah.

Adat mercun dan meriam yang masih belum hilang dari masyarakat. Padahal bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, jika kita sibuk dengan bunyi-bunyi bising, mengganggu orang lain beribadah.

Masa bersahur ramai-ramai ke kedai makan untuk makan, yang sahur awal pun ada, tetapi lepas sahur terus tidur, tidak menunaikan solat Subuh.

Masa solat terawih (sunat), ramai datang ke masjid, tetapi solat fardhu 5 waktu (wajib), hanya sedikit orang yang hadir.

Bahkan banyak lagi adat-adat pelik masyarakat kita. Tak perlu bangga dengan adat melayu andainya terkeluar dari landasan syariat Islam. Biarlah kita berpegang dengan sunnah, dan berpegang dengan tali Islam sekuatnya. Insya Allah pasti berjaya.

p/s : Copy Paste

23 Ciri Orang Yang Mencintai Kamu



Sedikit perkongsian.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalau tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, dia ingin tahu kegiatan kamu. Bukan bermakna dia ingin mengongkong kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat malam', 'have fun', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara berbeza, bukan "aku CINTA padamu".
  6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupakan, kerana setiap saat-saat bersama sangat berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana masa bersamamu tidak selalu berulang.
  8. Orang yang mencintai kamu akan mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapnya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu dihatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kam, bahkan mungkin meminjam CD atau DVD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia akan menyukainya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia khuatir tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi peperiksaan, dia akan menanyakan bila ujian itu akan diadakan, dan apabila tiba hari peperiksaan dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat berharga.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat dua, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus berpindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan kawasan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. Dan jauh dihatinya dia berar-benar takut akan kehilangan kamu, pernah dengar "jauh dimata, dekat dihati"?
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara yang luar biasa, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan kiriman SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindui kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu maka ia akan mengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesukar mana sekali pun permintaan itu.
  20. Kalau kamu melihat telefonnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX nya. Dia masih menyimpan SMS dari kamu walaupun kamu telah menghantar SMS tersebut berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolak kehadirannya, dia akan menyedari dan akan hilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merinduinya dan memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta-ronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban kerananya, Apabila kamu meminta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, 1 July 2015

Luahan Bapa : "Saya Jadi Hamba What's App".



Dipetik dari Brunei FM : Artikel ini adalah luahan hati seorang bapa yang dihantar kepada kami.

Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin kongsikan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang bernama What's App.

Tujuan saya menyatakan umur saya di atas sudah pasti ingin menunjukkan saya bukanlah muda, bukan generasi Y dan tidaklah terlalu hebat dalam penggunaan teknologi masa kini.

Saya mempunyai tiga cahaya mata yang berumur 5 tahun sehingga 16 tahun.

Selama hampir 20 tahun saya bekerja, waktu bekerja yang biasa adalah sekitar 8 pagi hingga 6 petang. Kadang kala apabila ada kerja lebih terpaksa dilakukan, ia dianjak hingga pukul 9 malam.

Cara kami berkomunikasi sesama rakan sekerja dan pihak pengurusan lebih atas selalunya melalui mesyuarat atau berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu bekerja,

Tahun lepas, terdapat perubahan baru secara tidak rasmi dalam syarikat apabila What's App digunakan untuk berkomunikasi. Group dicipta dan hampir 25 pekerja yang ada didalam group tersebut. Secara teknologinya, ia memang membantu pekerja untuk berhubung tetapi timbul pula masalah baru, kini pekerja terpaksa bekerja 24 jam. Semua kerja diarahkan bos dalam What's App.

Tiada lagi 8 pagi hingga 6 petang waktu bekerja. Walaupun sudah balik dan jam terang-terang menunjukkan pukul 12 tengah malam pun masih ada mesej arahan dari bos yang masuk. Bukannya kerja tersebut tidak boleh ditangguhkan hingga keesokan harinya.

Kalau dulu, walaupun kerja tidak dapat diselesaikan, masih ada esok pagi untuk disambung. Sekarang, pagi-pagi buta pon boleh menerima arahan baru yang perlu dimasukkan dalam laporan dan sebagainya.

Itu tidak lagi dengan bual-bual kosong atau mesej-mesej bodek bos dalam What's App group.

Secara tidak sedar, dalam tempoh setahun setengah, saya mengabaikan keluarga apabila lebih kerap memandang telefon berbanding mengadap secara berdepan muka kesayangan saya.

Saya cuba buat-buat tidak tahu dengan mesej yang masuk dalam What's App walaupun arahan tersebut jelas ditujukan kepada saya. Akibatnya, esok saya menjadi mangsa amarah kerana tidak membalas mesej walaupun dengan ayat seringkas "ok".

Bukan saya tidak mahu membalasnya, saya hanya mahu mengelak kerja masuk waktu di rumah. Saya cuba menumpukan kepada keluarga. Kalau dulu, kita tak perlu pun membalas SMS tetapi sekarang, kalau satu What's App tidak dibalas, pun akan kena marah.

Perkara yang sama saya perhatikan kepada bapa-bapa moden sekarang. Tangan tidak lekang dengan telefon. Walaupun ketika makan malam di restoran, bapa-bapa masih memegang telefon membalas mesej. Mungkin ada yang seperti saya terpaksa menerima beban kerja selepas 'office hour'.

Saya pernah dimarah juga kerana tidak membalas walaupun dalam group tersebut menunjukkan saya membaca mesej tersebut. Ya memang saya sengaja tidak membalas kerana masa dengan keluarga walau satu saat penting buat saya.

Hanya kerana saya baru sedar perkara ini selepas setahun, bos seakan berkata prestasi saya merudum. Kerja biasa tetap saya habiskan dengan cepat, mungkin kerana KPI baru adalah "Kau tak balas What's App, kau tak efisien."

Takut juga saya menjadi hamba What's App dan telefon pintar pada masa sekarang!

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul



Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat seharian kita diterima.

Kenapa penting untuk kita membersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain-lain, tetapi masih tidak terlepas daripada azab api neraka.

Saidina Abu Bakar RA pernah hendak menyembahyangkan jenazah seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda yang bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membuka kain kafan tersebut. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan jenazah lelaki itu. Saidina Abu Bakar RA mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?"

Setelah diselidik amalan lelaki tersebut semasa hayatnya, jelas dia merupakan seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil. jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita mempunyai cara yang berbeza. Bukan hanya sekadar basuh demham air dan asalkan bersih saje. Ada caranya..

LELAKI :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

WANITA :
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan bahagian dalam dicuci dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan hanya dengan menyimbah air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tidak betul tu, jom sama-sama betulkan supaya diri  kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka untuk mereka yang tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil ataupun hadas besar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

Moga semua memperolehnya.. Aamiin..
Selamat Beramal!