Wednesday, 1 July 2015

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul



Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat seharian kita diterima.

Kenapa penting untuk kita membersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain-lain, tetapi masih tidak terlepas daripada azab api neraka.

Saidina Abu Bakar RA pernah hendak menyembahyangkan jenazah seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda yang bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membuka kain kafan tersebut. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan jenazah lelaki itu. Saidina Abu Bakar RA mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?"

Setelah diselidik amalan lelaki tersebut semasa hayatnya, jelas dia merupakan seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil. jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita mempunyai cara yang berbeza. Bukan hanya sekadar basuh demham air dan asalkan bersih saje. Ada caranya..

LELAKI :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

WANITA :
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan bahagian dalam dicuci dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan hanya dengan menyimbah air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tidak betul tu, jom sama-sama betulkan supaya diri  kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka untuk mereka yang tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil ataupun hadas besar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

Moga semua memperolehnya.. Aamiin..
Selamat Beramal!

No comments:

Post a Comment