Maksud Surah At Taubah : Ayat 71 - Al-Quran
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.
Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak mereka dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikiran yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah SWT akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang) berfikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan mempunyai fikiran yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.
Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaannya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.
Kerana itulah, "WANITA HARI INI" harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.
Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di bahu umat Nabi Muhammad SAW terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (sama ada lelaki atau wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya Tilawatul Quran di dalam ruma, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.
Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, adan ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama-ulama dalam usaha ini) untuk para wanita. Antaranya ialah :-
PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
- Wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid / surau di tempat azan dilaungkan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat diselesaikan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya ditempat yang dikhaskan didalam rumah.
- Sekiranya seorang wanita / isteri melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
- Disamping itu, seorang wanita / isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan dilaungkan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid / surau wanita dirumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
- Rasulullah SAW bersabda "Jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu, nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid."
- Ganjaran solat di awal waktu :
- Jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
- Jika berwuduk ketika azan sedang dilaungkan, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
- Jika berwuduk selepas azan dilaungkan, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperi bintang.
PESANAN KEDUA : Istiqamah Membaca Al-Quran & Berzikir
- Sedaya upaya cuba untuk beristiqamah untuk membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
- Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
- Usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Rasulullah SAW tidak lupa membacanya setiap hari iaitu :
- Surah Yaasin (seperti khatam 10 kali Al-Quran)
- Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari seksaan kubur)
- Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
- Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya sehingga jumaat akan datang)
PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Dididikan Agama dan Sunnah
PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
PESANAN KEENAM : Galakan Suami / Mahram Keluar Di Jalan Allah (Khuruj Fisabilillah)
- Hidupkanlah Majlis Taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30 minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
- Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli didalam rumah.
- Kesan dari majlis pembacaan hadis ini, akan melembutkan hati kita dan anak-anak.
- Disamping itu juga, rumah-rumah akan bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan malaikat akan berada di dalam rumah.
- Rumah juga menjadi sumber hidayat untuk jiran-jiran. Allah SWT akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa serta ketenteraman dalam rumahtangga.
PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Dididikan Agama dan Sunnah
- Wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama dengan lebih sempurna.
- Dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah SAW dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
- Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan minum kereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
- Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap perbuatan harian mereka.
- Ajar anak solat apabila setelah berumur 7 tahun dan rotan mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
- Ajar anak-anak membaca Al-Quran
PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
- Hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
- Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanfaat sahaja.
- Jika kita dapat mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian, Insya Allah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup bersederhana.
- Jadikan kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan diri kita dari kesusahan dan kerisauan.
PESANAN KEENAM : Galakan Suami / Mahram Keluar Di Jalan Allah (Khuruj Fisabilillah)
- Galakkan suami / mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami / mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
- Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-orang lelaki dalam usaha ini, maka akan wujudlah susasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman serta wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
- Kelebihan seorang isteri yang redha suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga.
Marilah sama-sama kita amalkan semoga mendapat manfaat bersama.
Copy Paste dari Facebook
CC : Group Fikir Alami
No comments:
Post a Comment