Tuesday, 15 September 2015

Ingat!!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda!!!


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah SWT.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membawa pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila mas.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa apabila gagal.
  15. Jangan kedekut untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan usia dan memperluaskan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang kepada orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu adalah lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syatitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-Nya.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda agar kita semua dapat melakukan amar makruf nahi mungkar. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment