Wednesday, 7 October 2015

Hujah Imam Hanafi Dengan Addahri

Soalan Pertama
Atheis : "Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: "Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak."



Soalan Kedua
Atheis : "Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?"

Pemuda itu seraya menjawab : "Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah cinpataan-Nya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaan-Nya."



Soalan Ketiga
Atheis : "Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Pemuda itu menjawab : "Kamu pandai mengira?"

Kelompok Atheis itu menjawab : "Tentu sekali kami pandai mengira."

Pemuda itu meneruskan ucapannya : "Bolehkah kamu memberitahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?"

Atheis : "Nombor 3."

Pemuda : "Nombor sebelum 3?"

Atheis : "Nombor 2."

Pemuda : "Nombor sebelum 2?"

Atheis : "Nombor 1."

Pemuda : "Nombor sebelum 1?"

Atheis : "Tiada"

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan :
"Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?"

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap pengiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan anak muda ini mudah untuk dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.



Soalan Keempat
Atheis : "Tahniah anak muda diatas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?"

Pemuda itu menjawab : "Jika aku membawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?"

Kelompok Atheis menjawab : "Cahaya itu tentulah akan menerangi seluruh arah."

Pemuda itu berkata : "Jika cahaya yang diciptakan-Nya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?"

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.



Soalan Kelima
Atheis : "Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab : "Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?"

Atheis menjawab : "Tentu sekali."

Pemuda itu meneruskan : "Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?"

Atheis menjawab : "Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?"

Pemuda itu meneruskan : "Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?"

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan :
"Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali orang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini kerana rohnya telah terpisah dengan jasadnya."

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata : "Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah dari jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut? Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?"

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalann pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu : "Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya."

Pemuda itu meneruskan bicaranya : "Jika makhluk-Nya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik roh serta sekalian alam ini?"



Soalan Keenam
Atheis : "Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?"

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
"Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Kelompok Atheis menjawab : "Kami tidak dapat menerangkan kepada kamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagaian susu tersebut."

Pemuda itu seraya berkata : "Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagi-Nya? Sungguh aku pelik dengan soalan-soalan kamu ini."



Soalan Ketujuh
Atheis : "Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?"

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab : "Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor terakhir di dalam senarai nombor?"

Terkelu kelompok Athies ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya : "Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu."


Soalan Kelapan
Atheis : "Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak? Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal."

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab, "Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?"

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.



Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : "Jika kamu terlalu bijak, apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang : "Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu."

Kelompok Atheis itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab : "Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah)."

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemunya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup disisi kita.

Al-Fatihah buat Al-Imam Al-A'dzam Abu Hanifah Nu'man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Ini hujah Imam Hanafi dengan Addahri. Ada dalam kitab darus samin.

Dipetik dari : FB, Bahagian Dakwah, JAKIM

Tuesday, 6 October 2015

Why Having Lunch At Your Desk Is Bad For You?



When the clock strikes noon, do you get up from your desk to take your lunch or do you stay where you are to continue working? A recent study has shown that many employees will choose to take the second option. The same study conducted by Leerdammer showed  that nearly half of office workers eat their lunch at their desk in less than 20 minutes and one-sixteenth will skip lunch altogether. "It's a sad fact that eating our lunches at our desks has become an accepted norm," says Aude Romely, brand manager at Leerdammer.

At first glance, working during lunch time may seem like you're getting an extra work hour to your day. If you're trying to meet a deadline, pushing through that mid-day break can certainly help you catch up faster with your tasks, right? This is actually is misconception. When this becomes a habit, it can cause problems to your health and career.

Taking the time to relive yourself of your tasks, even just for an hour, is better to keep your momentum throughout the day. In fact, it's been found that taking a rest in the middle of the day has been linked with increased productivity and can help ward off burnout and stress at work.

With these facts in place, now's the right time to reclaim the lunch break. Ditch the idea that you're being a more productive employee when you choose to work through your lunch break, or don't eat at all. You're not, and the reality is that you're only hurting your health and career if you do. Here are five more reasons why you should step away from desk and have a proper meal at noon :


Resting at mid-day is a great way to recharge and improve your concentration
For many of us who serve 8-5 shift, the one-hour break allows us to recuperate from our morning tasks, as well as to prepare ourselves for the work ahead. Experts advice workers to take two 15 - 20 minutes breaks in a day (one in the morning and one in the afternoon) to sustain one's energy level and connection throughout the day. "Never taking a break from very careful thought work actually reduces your ability to be creative," says Kimberly Elsbach, a professor management of University of California-Davis. "If you're skipping lunch to continue to push forward in a very intense cognitive capacity, then you're probably not doing yourself any favors," she says.


Stepping away from work can refocus your attention span
Take advantage of that hour-long break to help you de-stress and renew your focus.

It's so easy to get lost or be easily confused when you've been working for hours. Pushing through may work in the short term but quality may start to suffer. Again, you won't be losing anything when you take a short break in the middle of your work day - in fact you'll do yourself a favor if you do.

So take advantage of this free period to step away from work for a short time. Take your lunch away from your desk, or better yet, take it somewhere where there's open space and greenery. Breathe in the fresh air and have it circulate within your body - you'll find yourself feeling refreshed and in a better mood. That's because studies have shown that spending time with nature results in lower stress levels and incidences of anxiety and depression.


Focusing on one task at a time is a better way to spend your time
Ancient Asian traditions speak of the virtues of practicing mindfulness on one's daily life, but what exactly is "mindfulness"? It is defined as "the intentional, accepting and non-judgmental focus of one's attention on the emotions, thoughts and sensations occurring in the present moment". Simply put, it's focusing or dedicating one's attention in one task at a time. Meditation is one of its applications, but we could also apply it in other ways, and yes, that includes to how we make use of our time during lunch break.

When you eat and work at the same time, you're never fully devoting yourself to either activity. It's a half-baked attempt at productivity that does not allow you to give your best effort - and yes, forgoing eating to focus solely on work would be worse. 

Your best bet is to just spend your lunch break for its intended purpose, so go ahead and just eat.


Your employer may see you as somebody who is not managing time well
Our actions in the workplace determine how our co-workers see us. Working through lunch may give off vibes that you are a hard worker, but it can also signal that you're somebody who is unable to use the allotted time well.

Remember that our work shifts determine which hours in a day we are supposed to devote ourselves to work. That mid-day break is our chance to rest from doing our work and should working, it may cause people to question whether you're actually capable of performing your role.

It's better to work smarter and not harder, so use this free time well. Enjoy the break as a chance to help you refresh and relax - you'll find yourself a lot more productive with higher quality of output.


It gives you a chance to bond with your co-workers
Many underestimate the value of building friendships at work, but various studies have shown that those who have friends at work are more productive, passionate, and loyal. Camaraderie or that mutual bond and trust that get built when people spend their time together contribute to better performance and low attrition rate in the workplace, and what could be a better bonding activity for the team that enjoying food together?

It may seen shallow at first but these little get-together can contribute to be a better workplace for all. Think of it as opportunities to let go and enjoy the time you spend with the people you work alongside everyday.

By : Angeli Soneja

cf. JobStreet.com Malaysia