Tuesday, 30 June 2015

Babi Itu Halal!!! Ea Kee?

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura bersama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. Beberapa tahun berlalu..

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".

Asal keluar berdua, mereka pergi ke tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti dikedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hahh! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila Muhammad duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?" "No." jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here?" tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way." jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 

Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal aku dulu kristian. Tinggal dekat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku! Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku  masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah SAW dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku.. mana ada. Jadi, time dekat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak, aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. masa untuk sembelih babi ni.Tengok-tengok babi tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bak kut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan sekali. Ustaz!!! Jom makan. babi Islam ni."

Bila terdengar kisah tu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. 

p/s : yang HARAM akan tetap HARAM walaupun kita cuba apa-apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. 

Secebis Doa Siti Zulaikha



Tuhanku..
Seandainya telah Kau catatkan
dia milikku.. tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tiupkanlah kemesraan di antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi
dan Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam pelayaran hidup ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Lupa dari ingatanku
Dan periharalah diri ini daripada rasa kecewa
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih
Berikan aku kekuatan
Melontar bayangnya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku rasa bahagia
Walau tanpa dirinya
Dan Tuhanku Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah pergi
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Wujudkanlah kembali yang telah hilang
Meskipun tiada yang serupa dengan dirinya
Jika benar cinta itu sejati
Maka.. bebaskanlah ia
Jika benar cinta itu suci
Ia akan datang dengan sendirinya
Tetapi.. Jika ia pergi
Dan tidak berkunjung lagi
Maka.. anggaplah cinta itu tidak wujud
Sejak dari awal lagi
Aamin..

Kelebihan Buah Kurma


Didalam Al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa AS sebagaimana tersebut di dalam Surah Al-Maryam Ayat 25 yang bermaksud :

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.."

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah SWT memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemas selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah mebuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung didalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sum-sum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga, Baginda Rasulullah SAW mengalakkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas yang bermaksud :

"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, Baginda meminum beberapa teguk air" - Hadis Riwayat Ahmad

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menggalakkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang bermaksud :

"Rasulullah SAW berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma ialah :

Daripada Adiy bin Hatim yang bermaksud "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda 'Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma'."

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya diwaktu pagi sebelum memulakan sebarang tugasan harian. Khasiat buah kurma juga adalah sesuai dan baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah SWT.

Kisah Ad-Dajjal




Ppssttt.. Meh dengar sekejap..

Dajjal keluar nanti bawa perempuan lawa-lawa macam bidadari syurga.. 

Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalny. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia. Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (Subhannallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil ( La Illahaillallah), dan takbir (Allahu Akbar)

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
Baginda SAW berkata "Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagao cara untuk terus bersabar dengan lapar."

Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.

Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi dekat Dajjal ialah :
  • Boleh menyuburkan tanaman
  • Boleh turunkan hujan
  • Menghidupkan yang sudah mati
Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakkan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat Laju!" Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ini. Semua pemerintahan nanti akan berada dibawahnya, Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia Tuhan.

Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu Tuhan. Siapa yang mengaku akan jatuh kafir, tapi akan dapat kemewahan dunia. Siapa yang tak mengaku, akan menderita.

Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun
Hari kedua = Sebulan 
Hari ketiga = Seminggu
Hari keempat sampai hari ke 40 = Hari-hari biasa

Dajjal merupakan seorang penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak kerana mereka mudah terpedaya.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud " Ketika Dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya."  " Jika Dajjla keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu untuk menentangnya."

Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang telah meninggal dunia untuk menyakinkan kita yang dia tu ialah Tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari Surah Al-Khafi." Nabi Muhammad SAW sudah berpesan pada kita. Jom kita amalkan!

Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh tolong waktu itu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari Dajjal?" Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal itu meliputi darat, laut dan udara.Tak boleh lari!

"Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu itu tengah azan, akan musnah benteng dia tu." - Syeikh Zainul Asri

Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan "Kaf, Fa dan Ra" dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah Tuhan.

Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan ialah kesengsaraan dan Syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya Syurga dan Syurga Dajjal hakikatnya ialah Neraka.

Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.  Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Hafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir daripada Surah Al-Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada Dajjal." "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal."

Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal nie, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

Selamat Beramal!

p/s : Copy Paste

Monday, 29 June 2015

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan unutk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad SAW dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan :-

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat SUBUH ialah Nabi Adam AS iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam AS pun bersembahyang 2 rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat ZOHOR ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim AS sebanyak empat rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus AS tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus AS ditepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu :-
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa AS ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa AS, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :-
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain Allah SWT Yang Maha Esa
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa AS. Pada ketika itu, Nabi Musa AS telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa AS empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Perkongsian Ilmu
Copy Paste

USAHA MASTURAT = USAHA ATAS GOLONGAN WANITA

Maksud Surah At Taubah : Ayat 71 - Al-Quran

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.

Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak mereka dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikiran yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah SWT akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang) berfikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan mempunyai fikiran yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaannya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.

Kerana itulah, "WANITA HARI INI" harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.

Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di bahu umat Nabi Muhammad SAW terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (sama ada lelaki atau wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya Tilawatul Quran di dalam ruma, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.

Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, adan ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama-ulama dalam usaha ini) untuk para wanita. Antaranya ialah :-

PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu

  1. Wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid / surau di tempat azan dilaungkan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat diselesaikan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya ditempat yang dikhaskan didalam rumah.
  2. Sekiranya seorang wanita / isteri melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
  3. Disamping itu, seorang wanita / isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan dilaungkan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid / surau wanita dirumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
  4. Rasulullah SAW bersabda "Jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu, nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid."
  5. Ganjaran solat di awal waktu :
  • Jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
  • Jika berwuduk ketika azan sedang dilaungkan, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
  • Jika berwuduk selepas azan dilaungkan, maka di akhirat nanti Allah SWT akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperi bintang.

PESANAN KEDUA : Istiqamah Membaca Al-Quran & Berzikir

  1. Sedaya upaya cuba untuk beristiqamah untuk membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
  2. Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  3. Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
  4. Usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Rasulullah SAW tidak lupa membacanya setiap hari iaitu :
  • Surah Yaasin (seperti khatam 10 kali Al-Quran)
  • Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari seksaan kubur)
  • Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
  • Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya sehingga jumaat akan datang)

PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah

  1. Hidupkanlah Majlis Taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30 minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
  2. Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli didalam rumah.
  3. Kesan dari majlis pembacaan hadis ini, akan melembutkan hati kita dan anak-anak. 
  4. Disamping itu juga, rumah-rumah akan bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan malaikat akan berada di dalam rumah.
  5. Rumah juga menjadi sumber hidayat untuk jiran-jiran. Allah SWT akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa serta ketenteraman dalam rumahtangga.


PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Dididikan Agama dan Sunnah

  1. Wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama dengan lebih sempurna.
  2. Dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah SAW dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
  3. Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan minum kereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
  4. Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap perbuatan harian mereka.
  5. Ajar anak solat apabila setelah berumur 7 tahun dan rotan mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
  6. Ajar anak-anak membaca Al-Quran


PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana

  1. Hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
  2. Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanfaat sahaja.
  3. Jika kita dapat mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian, Insya Allah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup bersederhana.
  4. Jadikan kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan diri kita dari kesusahan dan kerisauan.


PESANAN KEENAM : Galakan Suami / Mahram Keluar Di Jalan Allah (Khuruj Fisabilillah)

  1. Galakkan suami / mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami / mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
  2. Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-orang lelaki dalam usaha ini, maka akan wujudlah susasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman serta wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
  3. Kelebihan seorang isteri yang redha suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga.
Marilah sama-sama kita amalkan semoga mendapat manfaat bersama.

Copy Paste dari Facebook 
CC : Group Fikir Alami

Saturday, 27 June 2015

RAHSIA TANDA-TANDA PENYAKIT MELALUI JARI


Asas 5 Jari

  • Jari Telunjuk : Usus
  • Jari Tengah : Jantung
  • Jari Manis : Imuniti
  • Jari Kelingking : Rahim / Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda.. Kalau ruas jari kehitaman, itu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Cuba periksa tapak tangan masing-masing.. Kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah-marah tu, mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin je.

Masalah tapak tangan berpeluh dan lembab? Itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari beerwarna biru kehijauan, maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Urat biru / hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidap stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari jelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda.. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda, maknanya anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat. Insya Allah.

Jika anda ada tanda-tanda seperti diatas, berjumpalah doktor dengan kadar yang segera untuk kepastian. Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan. Nanti penyakit lain pulak yang datang. 
Walallahua'lam.

p/s: Informasi didapati dari Facebook. Copy Paste. =D